Resepi Pulut Kuning Diraja Iluminasi
RESIPI PULUT KUNING WARISAN..
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak pulut kuning atau orang2 peranakan panggil nasi kunyit. Ini perancangan che mat dan bonda sejak 3 hari lepas. Cuma kena buat di hari yang sesuai, hari semua orang ada rumah dan tiada urusan luar. Kebetulan stok beras pulut agak banyak di rumah, jadi hari ni che mat buat kurang lebih 1.2 kg pulut yang telah che mat rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor. Apa tujuan letak asam gelugor tu?...Serius che mat pun tak pasti tapi kata orang2 tua, untuk kasi pulut jadi kilat dan naikkan seri warna kuning, wallahualam, buat aje lah tak salah pun dan bukan berdosa, yea tak. Tapi orang tua dulu kala ni mereka kan bijak dan mereka hidup dulu dari kita...apa yang berguna kita ambil, apa yang rasa tak perlu, kita abaikan...
Lauk pauk sampingan untuk pulut kuning, che mat masak rendang ayam dan sambal sotong. Ada juga serunding ayam, yang tu che mat beli jenama Agromas, dan disajikan juga bersama telur rebos. Pulut kuning biasanya disajikan bila ada majlis2 tertentu, ia amat simbolik bagi masyarakat melayu, terutama di majlis khatam Quran, berkhatan, bertindih, hari lahir dan majlis2 kesyukuran. Sekarang ni di majlis2 kerja kawin pun dah macam trend pulut kuning bertingkat menggantikan kek. Apa2 pun ia bukan wajib cuma lebih kepada adat dan tradisi. Namun pada che mat ia melambangkan kemelayuan dan menjadi identiti masyarakat kita. Untuk entri ini che mat tulis macam mana nak kukus pulut kuning, rendang dan sambal tumis tu che mat link kan pada entri2 sebelum ini....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg beras pulut (che mat guna pulut susu)
2 camca besar serbuk kunyit (Adabi)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
1 camca besar penuh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Serunding, jika suka
Telur rebus, jika suka
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air secukupnya (hingga pulut tenggelam), tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian toskan dalam tapis dan keluarkan asam gelugor. Ketepikan.
- Panaskan kukusan. Ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang2 kukus, dan tudung periuk dalam keadaan terbalik (seperti dalam gambar di atas).
- Letak sebatang senduk kayu di dalam kukus (seperti dalam gambar). Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam kukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Ada sedikit baki2 pulut atas tudung periuk, anda kaut dan masukkan dalam kukus, tutup dan kukus 25 minit.
- Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Keluarkan senduk kayu tadi. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata2. Buat hingga santan habis.
- Masukkan kembali pulut dalam kukus (kali ni tak perlu letak senduk kayu). Dan sambung kukus selama 25 - 30 minit atau sampai pulut masak dan lembut. Boleh alihkan dari kukus. Hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau kari ayam/daging..
CATATAN MAT GEBU:- Tujuan meletak sebatang senduk kayu pada tengah2 kukus sebelum pulut dituang, kebarangkalian ialah untuk memudahkan pulut dikeluarkan dari kukus sebelum proses menggaul dengan santan pekat....
Gallery Resep Pulut Kuning
Pulut Kuning Kukus Yang Sedap Dan Cantik Azie Kitchen
1 Resepi Pulut Kuning Kukussumijelly Weblog
Pulut Kuning Mudah Sahaja Nak Buatnya Qasey Honey
Pulut Kuning Yellow Glutinous Rice Recipe Icookasia
Cik Kiah Kicen Pulut Kuning Ppc By Cik Kiah Kicen
Cara Asas Masak Pulut Kuning Lembut Sedap Berkilat Untuk
Pulut Kuning Jamu Selera Mstar
Pulut Kuning Untuk Gubahan Makan Dahlia S Kitchen Daily Makan
Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning Agar Cantik
Pulut Kuning Kukus Yang Sedap Dan Cantik Azie Kitchen
Resipi Pulut Kuning Versi Mudah
Resepi Pulut Kuning Kukus Cara Masak Malaysia Viral
Resepi Pulut Kuning Pulut Kunyit Tradisional Lemak Dan
Pulut Kuning Pressure Cooker Recipes Just Cooking Food
Cik Wan Kitchen Pulut Kuning Mudah
Pulut Kuning Cara Buat Pulut Kuning Resepi Pulut Kuning Mesti Cuba
Tumis My Resepi Pulut Kuning Berinti
Gadis Cantik Ini Kongsikan Rahsia Buat Pulut Kuning Agar
Tak Perlu Kukus Dua Kali Cara Lengkap Buat Pulut Kuning
10 Best Pulut Kuning Images Glutinous Rice Food Cake
Resepi Pulut Kuning Lapis Sedap Dan Lembut Aynora Blogs
Cik Kiah Kicen Pulut Kuning Versi Noxxa Edited By Cik
Resepi Pulut Kuning Cantik Dengan Tips Best Dari Pakar
Komentar
Posting Komentar